Dimanakah Fitrah Manusia


Bilakah dunia baru akan menjelma

Yang sudah lama dimimpikan oleh manusia

Dunia yang diidam-idamkan oleh semua bangsa

Semua bangsa sudah jemu dengan dunia yang ada

Kini dunia sudah kehilangan kasih sayang

Kasih sayang yang sudah lama gersang

Yang ada hidup sendiri-sendiri, yang wujud hasad dengki

Yang ada prejudis, yang wujud perbalahan setiap hari

Di mana sahaja hidup kepura-puraan

Senyum di hadapan, di belakang dibenci

Percaya-mempercayai sudah hilang

Perkelahian, pergaduhan, peperangan tidak kunjung padam

Yang miskin terbiar dan terbuang, yang kaya bakhil, tamak dan sombong

Tipu-menipu jadi budaya

Curi, rasuah, kidnap sering berlaku

Zina, liwat, lesbian, rogol lumrah terjadi

Krisis, peperangan di mana-mana merata dunia

Mana pergi di dalam ketakutan

Ke mana berada di dalam kebimbangan

Hati sentiasa tidak tenang dan tidak senang

Kebahagiaan sudah lama hilang dan gersang

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi